Hey guys . This is my original Blog . Thank you for visiting my Blog . I really appreciate it . Do follow my Blog if you have a blog too . Just press the button FOLLOW above . Thanks .

Tuesday, 23 June 2015

Toujours Advanced Collagen




Haii uollsss Assalammualaikum..


Macam mana puasa ? Okay takk ? Jangann nakk ponteng plak.. Kalau perempuan tu faham la...Hehehe.. Ok ok, cukup!.. Lama tau takk update Blog ni.. Hahaha.. Ni baru ade masa sikit.. Tu pun curi masa sikit time bekerja ni... Guess what ?


Ohhh wow !! Apa yang di-WOW kan tu ?... Tengok picture atas ni.. Korang pernah dengar ke product nama Toujours Advanced Collagen ? Takk pernahh ? Bapakk rugii gilee kalau takk amekk tahu pasal bende ni ... HAHAHA... Toujours Advances Collagen tengahh meletopp letopp kat Instagram kot... Mustahil takk pernahh dengar pasal ni... Ehh korangg type je " #toujourstesti " kat Instagram.. Komfemm banyakk gilee kuar ohh.. Tambah tambah plakk artis yang banyak post and letak #Hastags pasal product ni...



At first memangg laa tak familiar sangat pasal product ni and memangg blur kann.. Tapi korang tahu takk disebaliknyaaa bertapa ramainyaa artis gunakan product ni.. Seperti Hanis Zalikha, Elfira Loy, Diana Daniell, Dafi, Alif Hadi, Michael Ang, Hairul Azreen and ramai lagi laa... 


See... takk tipu kann !!





  











Haa... Takk cukup lagi ke tengok gambar artis yang amalkan Toujours Advanced Collagen ni ? Serious talk, dah terbukti depan mata korangg... Takk baikk tipu bulan puasa puasa ni.. hahaahah... Tapi, memang dahh JELAS kott artis punn support product ni kann... Korang bila lagi ? Orang biasa macamm kita ni pun ade je yang dah test.. Banyakk jee testimoni yang dorang dah post lepas amalkan product ni... So takde masalah la kann dengan Toujours Advanced Collagen ni... :)



But the most important is, product ni dijamin HALAL.. bukann pakai cop halal yang tipu punya.. So jangan risau la kalau korang nak minum Toujours ni..


Kalau korangg takk percaya sangat, boleh tengok sendiri laa bahan yang ade dalam collagen ni... Ade Sunnah food tau! iaitu Delima, Madu & Kurma.. Tu yang extraordinary sangat bende ni... Beli ni punn takdelah mahal sangat and jimat.. Jangan kata MAHAL !! Sebab bende ni 30 sachets kot.. Mahal mendee.. ngarut ahh.. RM199 je punn... Kalau product lain dengan harga macam tu ade dalam 20 sachets jee wehh.. Percaya laa korangg akann rasa rugi kalau tak beli..

Cara pengunaan:
TIME PENGGUNA PERTAMA
Untuk menyemak sama ada produk tersebut adalah serasi dengan korang, cuba 1 sachet setiap 2 hari, selama 6 hari berturut-turut. Kalau korang mengalami hanya gejala detox biasa, korang boleh terus mengambil Toujours Lanjutan. Kalau korang mengalami reaksi drastik, hentikan penggunaan.

PROGRAM INTENSIF
Untuk rawatan intensif untuk kulit masalah, kami cadangkan 2 paket sehari - sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum tidur. Kemudian, korang boleh meneruskan program penyelenggaraan yang kerap sekali sehari.

PROGRAM PENYELENGGARAAN
Satu paket Shots toujours Advanced Kolagen sebelum sarapan pagi adalah semua yang korang perlukan untuk mengekalkan kulit bercahaya, berembun dan berseri. Ia tidak boleh menjadi lebih mudah daripada itu!

Untuk pembelian:
Ehh sini satt....... nakk bocorkan rahsia satt.. Macam ni.. nakk share sikitlah ngan korang ni kann agen mana paling BEST !! untuk beli online Toujours Advanced Collagen dan MURAH.. Semua orang komfemm nakk beli dengan harga yang BERPATUTAN kann and BERBALOI dengan hasilnya nanti kann ?? Hahaha takde hal la beb.. klik je sini -- Hahaha.. only for serious buyer je ade kuasa untukk tekan link tu !!


Korang tak berapa yakin nak beli online ?? Hahaha.. korangg silap! Sebab link yang iollss ni bagi tadi tuu, memang Fafaw sendiri dah try ahh ! Tak caye ?? Korang pun bolehh bukak link tu bace dengan teliti.. Serious ohh.. Fafaw pun takot sebenarnya nak beli barang dekat online.. Tapi yang ni... DIJAMIN !! Memang ramai pembeli kat sini and penghantaran Pos Laju dia tu memang betul betul LAJUUUUU !! Misalnya post harini, harini gak dapat babe ! (But it is depends also kod negeri yang korang stay sekarang ni sebab product ni delivered dari Negeri Sembilan. So, nak mengambil masa untuk anta kat KL macam kita ni dalam tempoh 2 hari gak ahh) But make sure uollss buat transaction tu before 1pm okay ? Kalau korang nak dorang poskan product tu pada hari yang korang bank-in lahh.. 




Apa yang korang dukk tercengah kat situ lagi..?? Mai laaa try na... Ok lahh.. Untuk meyakinkan korang lagi untuk beli bende ni, sini mari >> klik ! ... Duta dia korangg tahu kee sapa? Hahaha mesti korang terbeliakk nanti -----------  Hanis Zalikha kot !! Klik laaa Hanis Zalikha tu. Even dekat blog dia sendiri pun dia letak pasal bende nii.. Cepat cepat gi beliii wehh.... Menyesal nantii kalau tak beli... Serious, Fafaw rasa 1 box tak cukupp !! Haahaha.. Lagi banyak beli lagi murahh babe.. 


Okayy thats all ! Nanti ade apa apa lagi.. Will update you guys.. Dadaaa~ XOXO

Wednesday, 11 March 2015

Petua Hilangkan Pecah Pada Tumit Kaki


Tumit kaki pecah?
Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali semingg


**Credit to : 101Petua.blogspot.com

Tuesday, 10 March 2015

Letak Link Radio HOT fm Dalam Blog

Okay okay... Guys, haritu Era fm.... But today, HOT fm plakk.. Up to you laa nakk radio yangg mana kann.. yangg pentingg uolls happy ! :D



Follow this step:- 

Ada 2 version.. Korang boleh pilih yang mana korang rasa mudah..
Dashboard > Layout > Add Gadjet > Add HTML (for new dashboard)
Dashboard > Design > Add Gadjet > Add HTML (for old dashboard)


1. Copy dan paste code nie:
<iframe src="http://player.streamtheworld.com/liveplayer.php?CALLSIGN=HOTFM" style="width: 300px; height: 300px;" frameborder="0" scrolling="no"></iframe>


2. Save :) hehe..good luck.


Mudah kann ?? Takk susahh ahh.. Follow step by step comfirm ley dapat seperti yang korang nakk.. :)



Credit to : imnursyahira.blogspot.com

Letak Link Radio ERA fm Dalam Blog

Hai korangg ! Canee musim kerja ngan sekolah ? Ade pergi takk ? hahahaha.. Jangan malas malas tau ! Pelempangg nanti. hehehe ... gurauu jee... Sini ade tuto baru yang nakk di ajar.. Kalau berminat, follow ahh tuto ni..


1. Dashboard > Design > Add Gadjet > Add HTML

<div>era.fm</div><div><object type="application/x-shockwave-flash" data="http://ads.era.fm/inc/app/shared/dvrplayer/capsules/radioactive/amp_flash/era/era.swf"width="200" height="170">

                   <!--<![endif]-->

                   <param name="quality" value="high" />
                   <param name="wmode" value="transparent" />
                   <param name="swfversion" value="9.0.45.0" />
                   <param name="expressinstall" value="Scripts/expressInstall.swf" />
                 </object>
</div>

P/S :  Yang dekat tulisan merah tuu korang bolehh tukar ikot keselesaan blog yee..copy CTRL + C serentak! 



Credit to : imnursyahira.blogspot.com 

Wednesday, 4 March 2015

Tips Mencuci Muka

Muka kita adalah umpama kanvas lukisan yang kosong. Muka perlu dicuci sebelum bersolek dan selepas menggayakan solekan.

Sebelum bersolek, kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu supaya bahan kosmetik mudah melekat dan memberikan kesan yang maksimum. Selepas menggayakan solekan atau sebelum masuk tidur, muka perlu dicuci untuk menanggalkan kotoran yang melekat agar memberi ruang pada kulit muka untuk bernafas serta menyerap khasiat krim malam dengan berkesan.

Berikut adalah tips dan formula untuk mencuci muka atau membersihkan wajah:


1) Losyen atau Susu Pembersih

- Biasanya mengandungi ‘PROPYLENE GLYCOL’ untuk menanggalkan kesan kotoran pada wajah dengan berkesan.
- Sesuai digunakan untuk kulit muka jenis NORMAL, KOMBINASI dan BERMINYAK.
- Boleh menyebabkan IRITASI PADA KULIT SENSITIF.
- TIDAK MENANGGALKAN bahan kosmetik jenis ‘WATERPROOF’.
- Biasanya memerlukan gel atau sabun pembersih muka setelah menggunakannya.


2) Cleansing Oil

- Mengandungi bahan asas daripada minyak. Amat BERKESAN untuk menanggalkan bahan kosmetik jenis ‘WATERPROOF’
- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
- Boleh juga digunakan untuk mencuci bahagian mata.


3) Gel/ Sabun Pencuci Muka
- Tidak mengandungi minyak.
- Sesuai untuk kulit muka jenis BERMINYAK dan BERJERAWAT.
- Hindari penggunaannya di sekitar mata.
- Bersihkan bersama air.


4) Tisu Basah Pembersih Muka
- Tidak mengandungi alkohol.
- Mudah untuk membersihkan bekas-bekas solekan dan maskara jenis waterproof.
- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
- Muka perlu dibilas dengan air bersih selepas menggunakannya untuk mengelak berlakunya kesan alahan pada kulit.

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

5 Panduan Untuk Si Kulit Pucat


“Ish... nampak pucat sangat lah, cubalah make up sikit. Dah nampak macam zombie dah”

Ada sesiapa menegur anda seperti ini kerana kulit anda yang terlalu putih dan pucat ? Tak perlu terasa hati, biarkan mereka berkata. Mungkin ada betulnya! Anda perlu tambahkan sedikit warna di wajah agar nampak lebih segar dan ceria.

Di sini ada 5 panduan kecantikan untuk anda berkulit pucat agar nampak lebih ‘bernyawa’ dan segar.


1- ELAKKAN BEDAK DEBU

Debu bedak yang anda pakai itu akan membuatkan kulit wajah anda berbelak dan tidak sekata. Malah pasti warna leher anda akan lain daripada warna kulit wajah. Sebaiknya sapulah krim pelembap atau moisturizer yang tidak bewarna supaya kulit warna asal dan tidak berubah.


2- DEKATI PRODUK SPF

Ada yang mengatakan kulit yang terlampau putih sebenarnya tidaklah seseronok seperti apa yang di perkatakan. Golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika terlalu banyak terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu mereka harus sentiasa memakai produk krim yang mempunyai SPF serta melindungi kulit dari sinar UV.


3- PAKAI GINCU WARNA PINK / OREN

Untuk hilangkan wajah yang pucat seperti orang yang tidak sihat, apa kata tambahkan sedikit warna di bibir dengan warna seperti merah jambu yang di campur dengan warna oren atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang ya!


4- EYE SHADOW WARNA TANAH

Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol dan terang kelihatan di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjiolkan kecantikan semulajadi mata anda.


5- FOKUS DI BAHAGIAN MATA

Selain pilih warna yang natural di bahagian mata, gunakan eyeliner dan memakai maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi anda miliki. Untuk efek yang lebih menarik pakailah kanta lekap yang bewarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda pasti  nampak seperti anak peranakan!

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

Kenali Jenis Kulit Kamu



Sebelum kamu membeli apa-apa bahan kosmetik, kamu mesti kenal jenis kulit kamu terlebih dahulu. Pemiliham produk kosmetik yang tepat dengan kulit kamu akan memberikan kesan solekan yang menarik dan tahan lebih lama.


Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan pelbagai produk kosmetik. Namun bagi kamu yang memiliki kulit jenis sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan kamu. Jika kamu tersalah pilih, kamu akan mengalami masalah iritasi pada kulit.


Ciri-ciri Kulit Normal:

- Tegang dan lembut
- Tidak kering dan juga tidak berminyak
- Liang pori tidak besar
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder), krim dan gel


Ciri-ciri Kulit Kering:


- Terasa kasar dan kusam
- Liang pori rapat dan tidak berminyak
- Liang-liang pori kelihatan berkedut
- Mudah iritasi apabila keadaan persekitaan panas atau sejuk
Produk yang sesuai – jenis krim atau pelembap yang membuatkan kulit lebih lembap dan juga produk yang disapukan dapat menyerap lebih lama


Ciri-ciri Kulit Berminyak:

- Kelenjar minyak sangat aktif, kulit selalu nampak berrkilat
- Liang pori kelihatan besar
- Mudah ditumbuhi jerawat
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) dan gel yang mudah menyerap minyak


Ciri-ciri Kulit Kombinasi:


- Daerah T kelihatan berminyak tetapi bahagian dagu dan pipi kelihatan normal atau kering.
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) atau pelembap


Ciri-ciri Kulit Sensitif:


- Mudah iritasi dan nampak kemerahan
- Mudah alah terhadap produk kecantikan
Produk yang sesuai – segala jenis produk yang bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

Kenali Peralatan Solekan - Jenis-jenis Berus


Jenis Berus Dalam Gambar dan Fungsinya :

1)Berus Besar 
- Digunakan untuk sapu bedak supaya rata

2) Berus Sedang
- Digunakan untuk aplikasi 'shading' supaya rata

3) Berus sedang, hujung condong
- Digunakan untuk meratakan pewarna merah pipi (blusher)

4) Berus kecil, hujung lebar berbentuk segitiga
- digunakan untuk membersihkan wajah dai sisa-sisa kosmetik yan melekar

5) Berus kecil, hujung condong
- Digunakan untuk sapuan 'shading' pada bahagian hidung

6) Berus kecil, hujung rata
- Digunakan untuk meratakan pewarna mata supaya memberikan kesan lembut

7) Berus kecil, hujung keras dan rata
- Digunakan untuk sapuan pewarna pada alis mata 

8) Berus tirus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan bulu alis mata

9) Berus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan aplikasi maskara dan menyamarkan warna alis mata

10) Berus tirus kecil berhujung bulat
- Digunakan untuk merapikan sapuan gincu supaya nampak lebih menawan

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

Tips Penggunaan 'Toner'


'Toner' adalah digunakan untuk menanggalkan sisa-sisa kekotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh pembersih muka. 

Setelah membersihkan muka dengan pembersih muka, mungkin kamu terasa melekit pada kulit muka. Ini adalah kerana masih terdapat kekotoran pada wajah kamu yang tidak dapat ditanggal oleh pembersih muka. Di sinilah 'toner' berperanan untuk menyempurnakan pembersihan kulit muka.

'Toner' mengandungi 'astringent' yang sangat berkesan untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia juga bermanfaat untuk menegangkan kulit muka dan membetulkan liang por-pori. Selain itu, 'toner' juga berperanan untuk melindungi kulit muka setelah proses pembersihan kerana mampu mengembalikan pH kulit pada keadaan semulajadi.

Applikasikan 'toner' dengan menggunakan kapas muka terutama pada bahagian dahi, pipi dan lekukan hidung.

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

Penggunaan Alat Bulu Mata Palsu


- Bulu mata palsu digunakan untuk mengubahsuai bentuk mata dan menampakkan ekspresi yang memikat.

- Gam bulu mata berfungsi untuk melekatkan bulu mata palsu pada garis bulu mata.

- 'Pinset' berfungsi untuk mencabut bulu mata/kening yang tidak diingini pada wajah atau memudahkan proses melekatkan bulu mata.

- Pisau pencukur alis digunakan untuk mencukur alis mata/kening yang lebat.

- Gunting kecil digunakan untuk merapikan hujung berus atau menggunting bulu mata yang terlalu panjang.

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com

Peralatan Solekan - Penggunaan Pengepit Bulu Mata



Pengepit bulu mata digunakan untuk melentikkan bulu mata.

- Pengepit besar
Digunakan untuk melentikkan seluruh bahagian bulu mata.

- Pengepit kecil
Digunakan untuk metentikkan bahagian bulu mata yang sukar.

**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com