Wednesday, 4 March 2015
5 Panduan Untuk Si Kulit Pucat
“Ish... nampak pucat sangat lah, cubalah make up sikit. Dah nampak macam zombie dah”
Ada sesiapa menegur anda seperti ini kerana kulit anda yang terlalu putih dan pucat ? Tak perlu terasa hati, biarkan mereka berkata. Mungkin ada betulnya! Anda perlu tambahkan sedikit warna di wajah agar nampak lebih segar dan ceria.
Di sini ada 5 panduan kecantikan untuk anda berkulit pucat agar nampak lebih ‘bernyawa’ dan segar.
1- ELAKKAN BEDAK DEBU
Debu bedak yang anda pakai itu akan membuatkan kulit wajah anda berbelak dan tidak sekata. Malah pasti warna leher anda akan lain daripada warna kulit wajah. Sebaiknya sapulah krim pelembap atau moisturizer yang tidak bewarna supaya kulit warna asal dan tidak berubah.
2- DEKATI PRODUK SPF
Ada yang mengatakan kulit yang terlampau putih sebenarnya tidaklah seseronok seperti apa yang di perkatakan. Golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika terlalu banyak terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu mereka harus sentiasa memakai produk krim yang mempunyai SPF serta melindungi kulit dari sinar UV.
3- PAKAI GINCU WARNA PINK / OREN
Untuk hilangkan wajah yang pucat seperti orang yang tidak sihat, apa kata tambahkan sedikit warna di bibir dengan warna seperti merah jambu yang di campur dengan warna oren atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang ya!
4- EYE SHADOW WARNA TANAH
Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol dan terang kelihatan di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjiolkan kecantikan semulajadi mata anda.
5- FOKUS DI BAHAGIAN MATA
Selain pilih warna yang natural di bahagian mata, gunakan eyeliner dan memakai maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi anda miliki. Untuk efek yang lebih menarik pakailah kanta lekap yang bewarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda pasti nampak seperti anak peranakan!
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment