Muka kita adalah umpama kanvas lukisan yang kosong. Muka perlu dicuci sebelum bersolek dan selepas menggayakan solekan.
Sebelum bersolek, kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu supaya bahan kosmetik mudah melekat dan memberikan kesan yang maksimum. Selepas menggayakan solekan atau sebelum masuk tidur, muka perlu dicuci untuk menanggalkan kotoran yang melekat agar memberi ruang pada kulit muka untuk bernafas serta menyerap khasiat krim malam dengan berkesan.
Berikut adalah tips dan formula untuk mencuci muka atau membersihkan wajah:
1) Losyen atau Susu Pembersih
- Biasanya mengandungi ‘PROPYLENE GLYCOL’ untuk menanggalkan kesan kotoran pada wajah dengan berkesan.
- Sesuai digunakan untuk kulit muka jenis NORMAL, KOMBINASI dan BERMINYAK.
- Boleh menyebabkan IRITASI PADA KULIT SENSITIF.
- TIDAK MENANGGALKAN bahan kosmetik jenis ‘WATERPROOF’.
- Biasanya memerlukan gel atau sabun pembersih muka setelah menggunakannya.
2) Cleansing Oil
- Mengandungi bahan asas daripada minyak. Amat BERKESAN untuk menanggalkan bahan kosmetik jenis ‘WATERPROOF’
- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
- Boleh juga digunakan untuk mencuci bahagian mata.
3) Gel/ Sabun Pencuci Muka
- Tidak mengandungi minyak.
- Sesuai untuk kulit muka jenis BERMINYAK dan BERJERAWAT.
- Hindari penggunaannya di sekitar mata.
- Bersihkan bersama air.
4) Tisu Basah Pembersih Muka
- Tidak mengandungi alkohol.
- Mudah untuk membersihkan bekas-bekas solekan dan maskara jenis waterproof.
- SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT.
- Muka perlu dibilas dengan air bersih selepas menggunakannya untuk mengelak berlakunya kesan alahan pada kulit.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Wednesday, 4 March 2015
5 Panduan Untuk Si Kulit Pucat
“Ish... nampak pucat sangat lah, cubalah make up sikit. Dah nampak macam zombie dah”
Ada sesiapa menegur anda seperti ini kerana kulit anda yang terlalu putih dan pucat ? Tak perlu terasa hati, biarkan mereka berkata. Mungkin ada betulnya! Anda perlu tambahkan sedikit warna di wajah agar nampak lebih segar dan ceria.
Di sini ada 5 panduan kecantikan untuk anda berkulit pucat agar nampak lebih ‘bernyawa’ dan segar.
1- ELAKKAN BEDAK DEBU
Debu bedak yang anda pakai itu akan membuatkan kulit wajah anda berbelak dan tidak sekata. Malah pasti warna leher anda akan lain daripada warna kulit wajah. Sebaiknya sapulah krim pelembap atau moisturizer yang tidak bewarna supaya kulit warna asal dan tidak berubah.
2- DEKATI PRODUK SPF
Ada yang mengatakan kulit yang terlampau putih sebenarnya tidaklah seseronok seperti apa yang di perkatakan. Golongan yang memiliki kulit seperti ini mudah terkena penyakit kulit jika terlalu banyak terdedah di bawah terik matahari. Ini kerana kulit mereka lebih nipis berbanding orang lain. Oleh itu mereka harus sentiasa memakai produk krim yang mempunyai SPF serta melindungi kulit dari sinar UV.
3- PAKAI GINCU WARNA PINK / OREN
Untuk hilangkan wajah yang pucat seperti orang yang tidak sihat, apa kata tambahkan sedikit warna di bibir dengan warna seperti merah jambu yang di campur dengan warna oren atau warna oren sederhana untuk memberi bayangan warna darah mengalir di kawasan bibir. Selain itu, beranikan diri memakai gincu terang ya!
4- EYE SHADOW WARNA TANAH
Oleh kerana kulit anda terlalu putih, warna hitam pasti akan menonjol dan terang kelihatan di bahagian mata. Hati-hati ia akan nampak pelik jika warna hitam yang anda pakai itu terlalu pekat. Silap-silap ada yang kata mata anda lebam di tumbuk. Sebaiknya, gantikan warna hitam dengan warna coklat tanah. Warna ini pasti akan menonjiolkan kecantikan semulajadi mata anda.
5- FOKUS DI BAHAGIAN MATA
Selain pilih warna yang natural di bahagian mata, gunakan eyeliner dan memakai maskara yang tebal untuk menonjolkan bahagian mata yang seksi anda miliki. Untuk efek yang lebih menarik pakailah kanta lekap yang bewarna kelabu atau kebiruan. Wah, anda pasti nampak seperti anak peranakan!
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Kenali Jenis Kulit Kamu
Secara umum, jenis kulit normal dapat menggunakan pelbagai produk kosmetik. Namun bagi kamu yang memiliki kulit jenis sensitif, berminyak atau kering, perlu berhati-hati untuk memilih produk kosmetik yang sesuai. Faktor persekitaran seperti keadaan cuaca dan udara seperti panas matahari, debu, bahan kimia dan pencemaran juga perlu diambil kira untuk mendapatkan kosmetik yang sesuai dengan kamu. Jika kamu tersalah pilih, kamu akan mengalami masalah iritasi pada kulit.
Ciri-ciri Kulit Normal:
- Tegang dan lembut
- Tidak kering dan juga tidak berminyak
- Liang pori tidak besar
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder), krim dan gel
Ciri-ciri Kulit Kering:
- Terasa kasar dan kusam
- Liang pori rapat dan tidak berminyak
- Liang-liang pori kelihatan berkedut
- Mudah iritasi apabila keadaan persekitaan panas atau sejuk
Produk yang sesuai – jenis krim atau pelembap yang membuatkan kulit lebih lembap dan juga produk yang disapukan dapat menyerap lebih lama
Ciri-ciri Kulit Berminyak:
- Kelenjar minyak sangat aktif, kulit selalu nampak berrkilat
- Liang pori kelihatan besar
- Mudah ditumbuhi jerawat
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) dan gel yang mudah menyerap minyak
Ciri-ciri Kulit Kombinasi:
- Daerah T kelihatan berminyak tetapi bahagian dagu dan pipi kelihatan normal atau kering.
Produk yang sesuai – jenis serbuk (powder) atau pelembap
Ciri-ciri Kulit Sensitif:
- Mudah iritasi dan nampak kemerahan
- Mudah alah terhadap produk kecantikan
Produk yang sesuai – segala jenis produk yang bebas daripada wangian, pewarna dan pengawet
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Kenali Peralatan Solekan - Jenis-jenis Berus
Jenis Berus Dalam Gambar dan Fungsinya :
1)Berus Besar
- Digunakan untuk sapu bedak supaya rata
2) Berus Sedang
- Digunakan untuk aplikasi 'shading' supaya rata
3) Berus sedang, hujung condong
- Digunakan untuk meratakan pewarna merah pipi (blusher)
4) Berus kecil, hujung lebar berbentuk segitiga
- digunakan untuk membersihkan wajah dai sisa-sisa kosmetik yan melekar
5) Berus kecil, hujung condong
- Digunakan untuk sapuan 'shading' pada bahagian hidung
6) Berus kecil, hujung rata
- Digunakan untuk meratakan pewarna mata supaya memberikan kesan lembut
7) Berus kecil, hujung keras dan rata
- Digunakan untuk sapuan pewarna pada alis mata
8) Berus tirus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan bulu alis mata
9) Berus berbentuk sikat
- Digunakan untuk merapikan aplikasi maskara dan menyamarkan warna alis mata
10) Berus tirus kecil berhujung bulat
- Digunakan untuk merapikan sapuan gincu supaya nampak lebih menawan
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Tips Penggunaan 'Toner'
'Toner' adalah digunakan untuk menanggalkan sisa-sisa kekotoran yang tidak dapat ditanggalkan oleh pembersih muka.
Setelah membersihkan muka dengan pembersih muka, mungkin kamu terasa melekit pada kulit muka. Ini adalah kerana masih terdapat kekotoran pada wajah kamu yang tidak dapat ditanggal oleh pembersih muka. Di sinilah 'toner' berperanan untuk menyempurnakan pembersihan kulit muka.
'Toner' mengandungi 'astringent' yang sangat berkesan untuk kulit berminyak dan berjerawat. Ia juga bermanfaat untuk menegangkan kulit muka dan membetulkan liang por-pori. Selain itu, 'toner' juga berperanan untuk melindungi kulit muka setelah proses pembersihan kerana mampu mengembalikan pH kulit pada keadaan semulajadi.
Applikasikan 'toner' dengan menggunakan kapas muka terutama pada bahagian dahi, pipi dan lekukan hidung.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Penggunaan Alat Bulu Mata Palsu
- Bulu mata palsu digunakan untuk mengubahsuai bentuk mata dan menampakkan ekspresi yang memikat.
- Gam bulu mata berfungsi untuk melekatkan bulu mata palsu pada garis bulu mata.
- 'Pinset' berfungsi untuk mencabut bulu mata/kening yang tidak diingini pada wajah atau memudahkan proses melekatkan bulu mata.
- Pisau pencukur alis digunakan untuk mencukur alis mata/kening yang lebat.
- Gunting kecil digunakan untuk merapikan hujung berus atau menggunting bulu mata yang terlalu panjang.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Peralatan Solekan - Penggunaan Pengepit Bulu Mata
Peralatan Solekan - Penggunaan Span
Span berfungsi untuk menyempurnakan sapuan bahan kosmetik berbentuk serbuk, bedak padat, cecair (liquid) atau krim dengan sekata.
- Span bulat besar
Digunakan untuk sapuan bedak alas tanpa menggunakan jari sehingga lebih rata.
- Span bersegi
Digunakan untuk sapuan bedak alas atau concealer pada daerah lekukan wajah yang sukar dijangkau seperti bahagian lekukan hidung.
- Span batang
Digunakan untuk sapuan pewarna mata.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
- Span bulat besar
Digunakan untuk sapuan bedak alas tanpa menggunakan jari sehingga lebih rata.
- Span bersegi
Digunakan untuk sapuan bedak alas atau concealer pada daerah lekukan wajah yang sukar dijangkau seperti bahagian lekukan hidung.
- Span batang
Digunakan untuk sapuan pewarna mata.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Penggunaan Alas Bedak (Foundation)
Rahsia kesempurnaan solekan adalah penggunaan alas bedak (foundation). Jika sapuan bedak alas tidak cermat hasilnya bercapuk atau kelihatan seperti topeng. Kamu perlu tahu tekstur dan warna yang sesuai untuk jenis kulit kamu agar kelihatan asli dan tahan lama.
Jenis Alas Bedak
1) Alas Bedak Cecair
Sesuai untuk solekan harian jenis kulit normal atau kering.
Cara pemakaian:
- Letak sedikit pada belakang tangan membentu bulatan kecil.
- Sapukan sedikit dengan titik-titik pada wajah dan leher.
- Ratakan dengan hujung jari atau span lembab. Berikan lebih tumpuan pada bahagian bawah mata.
2) Alas Bedak Padat
Sesuai untuk solekan harian terutamanya bagi kulit berminyak kerana hasilnya tidak berkilat.
Cara pemakaian:
- Gunakan span untuk meratakan pada wajah. Ratakan dengan hujung jari atau span lembab agar kelihatan sempurna.
3) Alas Bedak Krim
Bentuk seperti alas bedak padat tetapi kaya dengan krim. Biasanya digunakan untuk solekan artis, pengantin atau persebahan pentas kerana hasilnya dapat menutup noda atau cela pada wajah dengan mudah dan sempurna.
Cara pemakaian:
- Gunakan span kering meratakan pada wajah. Guna span lembab jika mahu kesan yang lebih nipis. Elak mata pandang ke arah bawah sebelum kering untuk hindari kesan retak atau garis.
4) Alas Bedak Sheer (tinted moisturizer/ bb cream)
Digunakan untuk solekan ringan , natural dan bercahaya. Agak kurang sesuai untuk kulit berminyak atau berjerawat kerana hasilnya agak berkilat.
Cara pemakaian:
- Sapukan sedikit dengan titik-titik pada wajah dan leher.
- Ratakan dengan hujung jari .
5) Alas Bedak 2 in 1
Formula 2 in 1 berupa alas bedak dan bedak padat dalam satu kemasan. Disarankan untuk kulit berminyak kerana kandungan bedak yang ada dapat menyerap minyak berlebihan pada wajah.Cara pemakaian:
- Gunakan span kering untuk hasil yang tebal atau guna span lembab untuk hasil yang nipis.
- Sapu rata sampai ke leher.
- Tidak perlu berbedak lagi.
6) Alas bedak Stick
Tidak berkilat namun kaya dengan krim, jadi kurang sesuai untuk kulit berminyak. Sangat mudah digunakan dan dapat berfungsi sebagai concealer dan shading.
Cara pemakaian:
- Sapukan terus ke wajah dan leher untuk hasil yang tebal. Gunakan span lembab untuk hasil yang nipis.
Tips Sapuan Alas Bedak
Buat sapuan nipis terlebih dahulu.
Biarkan beberapa minit untuk kering. Kemudian tambah sapuan lagi jika perlu untuk elak wajah seperti topeng.
Setelah membuat sapuan dari mana- mana jenis alas bedak, gunakan berus besar untuk membuang sisa-sisa alas bedak yang boleh membuat wajah kelihatan capuk.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Penggunaan Bedak pada Wajah
Bedak berfungsi untuk menyempurnakan solekan pada wajah dan menjaga solekan agar tahan lebih lama dan tidak luntur. Selain itu, bedak dapat menyerap lebihan minyak pada kulit sehingga kulit tampak segar, cerah dan sihat.
Jenis-jenis bedak :
1) Bedak Padat (Compact Powder)
Bedak Padat memberi kesan ringan pada solekan. sesuai digunakan untuk pakai harian bagi memperbaiki solekan (touch up).
2) Bedak Tabur (Powder)
Bedak Tabur juga sesuai untuk dipakai harian. Bedak jenis ini daat menyerap minyak pada wajah tanpa mengubah warna.Untuk dapatkan kesan bercahaya, pilihlah bedak tabur yang mengandungi partikel-partikel glitter.
3) Bedak Tabur Meteorite
Bedak Tabur Meteorite berbentuk bulat-bulat. Bedak ini berfungsi sebagai sentuhan akhir agar wajah kelihatan lebih cerah, segar dan bercahaya. Jenis ini juga sesuai dipakai pada tubuh badan.
Cara Pemakaian Bedak Pada Wajah
- Sapukan bedak dengan menggunakan berus besar atau puff khas untuk bedak.
- Bedak padat disapu selepas pemakaian pelembap (moisturiser).
- Bedak tabur disapu selepas pemakaian alas bedak (foundation).
Pemilihan Warna Bedak
- Bedak warna pink
Warna pink sesuai untuk kulit putih untuk menaikkan seri wajah.
- Bedak warna kuning
Warna kuning sesuai untuk kulit coklat dan sawo matang. Pemakaiannya perlu dicampurkan dengan alas bedak (foundation) agar nampak lebih asli.
- Bedak warna hijau
Bedak warna hijau berfungsi untuk menghilangkan warna kemerahan pada wajah dan menutupi bekas jerawat.
- Bedak warna lilac
Bedak warna lilac sesuai untuk kulit wajah gelap atau sawo matang. Berfungsi untuk menghilangkan kusam pada wajah sehingga kelihatan segar dan cerah.
- Bedak warna biru
Bedak warna biru digunakan untuk menutup noda atau masalah pada kulit wajah.
'
- Bedak warna jingga
Bedak warna jingga digunakan untuk memberi kesan kemerahan pada wajah untuk kelihatan lebih segar.
- Bedak warna merah bata
Bedak warna merah digunakan untuk mencerahkan wajah dan juga sebagai pemerah pipi.
- Bedak warna coklat
Bedak warna coklat berfungsi untuk menggelapkan warna alas bedak (foundation). Sesuai untuk solekan pengubahsuaian atau menutupi kekurangan wajah.
- Bedak warna tembaga (bronze)
Bedak warna tembaga membuat wajah nampak berkilau. Jika digunakan pada kulit gelap atau sawo matang akan memberikan kesan eksotik. Selalu dipakai pada waktu malam.
Tips Pemakaian Bedak
- Sapukan bedak di kawasan T wajah untuk memperbaiki solekan supaya nampak lebih segar.
- Untuk mendapatkan kesan bersinar pada wajah, gunakanbedak tabur yang mengandungi glitter sebelum menggunakan bedak padat.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)