Wednesday, 4 March 2015
Cara Sapuan Concealer Mengikut Masalah Wajah
Sediakan berus kecil dengan kepala nipis dan rata khusus untuk sapuan concealer pada wajah anda. Sapuan concealer hanya pada titik-titik yang perlu sahaja.Untuk meratakan concealer, tepuk-tepuk menggunakan jari ke arah luar. Jangan tarik jari pada concealer kerana ini akan melunturkan concealer. Tambah concelaer jika perlu dengan berus kecil.
Tips: Sapu ubat gigi pada jerawat atau bekas gigitan serangga sebelum sapuan cocealer untuk menghilangkan kesan merah pada kawasan tersebut.
Masalah noda hitam & pigmentasi
-Pilih concealer warna beige atau kuning
-Sapu concealer dengan berus sehingga membentuk titi-titik pada noda hitam & pigmentasi. Tepuk-tepuk dengan jari kemudian taburkan bedak.
Masalah lingkaran hitam bawah mata
-Untuk lingkaran hitam yang sangat gelap, pilih concealer warna kuning. Selannya guna warna beige.
-Sapu concealer dengan beus pada lingkaran hitam. Jangan terlalu tbal.
-Ratakan concealer dengan menggunakan span atau berus hujung persegi dari arah dalam mata ke pipi. Tepuk-tepukkan dengan jari.
-Jika lingkaran hitam masih kelihatan gelap, tambah sedikit lagi concelaer dengan berus. Tumpukan pada bahagian hujung dalam mata.
-Sapukan bedak tabur dengan span khusus untuk bedak.
Masalah garis-garis kedut
-Garis kedutan tidak dapat disorok dengan solekan tebal kerana garisan kedutan akan kelitan lebih jelas apabila mulut bergerak. Untuk melindungi garis kedutan halus, gunakan concealer wrna beige.
-Selepas sapuan pelembap pada wajah, gunakan asa solekan yang mengandungi silikon untuk menutupi garis-garis kedutan yang jelas supaya concealer dapat menutupi garisan kedut tersebut.
**Credit to : Rahsia-kecantikan.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment