Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh korangg amalkan.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
- Makan biji buah Peria.
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
**Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun :)
No comments:
Post a Comment